PROGRAM KHIDMAT MASYARAKAT TNB BAGI MEMUPUK KESEDARAN AWAM KE ARAH PANTAI YANG BERSIH DAN MENARIK.

PROGRAM KHIDMAT MASYARAKAT TNB BAGI MEMUPUK KESEDARAN AWAM KE ARAH PANTAI YANG BERSIH DAN MENARIK.

30 Ogos 2024 (Jumaat) – Bagi menjayakan dan memperkasakan serta menyokong agenda Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus atau ESG – Enviroment, Social & Governance, pihak TNB Global Business Solutions, Tenaga Nasional Berhad negeri Perak telah melaksanakan program membersih pantai awam daripada sampah sarap.

Melalui Jabatan Perkhidmatan Keselamatan atau Polis Bantuan TNB dari Ipoh, Kampar dan Teluk Intan ini telah mengada program khidmat masyarakat membersih pantai awam Teluk Batik Lumut telah mendapat kerjasama Jabatan Kesihatan Persekitaran dan Perkhidmatan Bandar Zon 1 dan Jabatan Pembangunan Komuniti dan Sosial Majlis Perbandaran Manjung.

Objektif program Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP) ini bertujuan untuk mendukung aspirasi korporat syarikat TNB dalam memperjuangkan ESG telah diketuai oleh Tuan SM/PB Fairoz Latip.

Seramai 40 orang peserta staf pelbagai pangkat dan usia bekerjasama bagi memupuk semangat kerjasama untuk mencintai kelestarian alam sekitar dengan harapan amalan seperti ini menjadi budaya dalam kehidupan para peserta dan pengunjung pantai awam.

Hargailah kebersihan pantai kerana keindahan dan penggunaan pantai adalah milik semua serta menjadi tanggungjawab kita bersama untuk mengekalkan keindahan yang akan di wariskan kepada generasi yang akan datang.

Terima kasih dan tahniah dan kepada pengurusan TNB Global Business Solutions.

#Jika bukan kita, siapa yang akan mulakan”