PROGRAM KHIDMAT MASYARAKAT KUALA LUMPUR KEPONG BERHAD (KLK) LADANG CHANGKAT CHERMIN DI TELUK SENANGIN, LUMUT
25 Ogos 2024 (Ahad) – Sambil beriadah dan aktiviti Hari Keluarga, pihak KLK Ladang Changkat Chermin, Ayer Tawar sempat meluangkan masa selama satu jam untuk memberi khidmat masyarakat dengan mengutip sampah di jajaran pantai sepanjang 4 kilometer di pantai Peranginan Teluk Senangin, Lumut.
Seramai 22 orang kakitangan pelbagai jawatan daripada jawatan Penolong Pengurus hingga ke Pembantu Checkroll melaksanakan aktiviti gotong- royong mengutip sampah sarap di sepanjang pantai peranginan tersebut.
Sebanyak 71 kg sampah pelbagai jenis daripada bahan yang boleh dikitar semula dan tidak boleh dikitar semula dapat dipungut dalam masa 1 jam.
Program anjuran KLK Ladang Changkat Chermin itu telah mendapat bantuan kerjasama daripada Jabatan Kesihatan Persekitaran dan Perkhidmatan Bandar Zon 3 dan Jabatan Pembangunan Komuniti dan Sosial Majlis Perbandaran Manjung.
Program inisiatif ini adalah bagi mewujudkan kesedaran dan mendidik pengunjung pantai tentang betapa banyaknya sampah yang kita buang atau di tinggalkan di pantai awam tanpa rasa bersalah, sedangkan ia sepatutnya boleh dielakkan dengan mempunyai kesedaran sivik yang tinggi.
Semoga usaha murni yang telah dilaksanakan ini mengundang kesedaran kepada pengunjung pantai peranginan untuk meletakkan rasa tanggungjawab menjaga kebersihan pantai secara bersama dan berterusan.