PROGRAM KHIDMAT MASYARAKAT INISIATIF SWASTA SYARIKAT SUMIPUTEH STEEL CENTRE SDN.BHD, SHAH ALAM, SELANGOR DALAM MENYAHUT KEMPEN “JOM TANAM POKOK BAKAU” ANJURAN MAJLIS PERBANDARAN MANJUNG.

PROGRAM KHIDMAT MASYARAKAT INISIATIF SWASTA SYARIKAT SUMIPUTEH STEEL CENTRE SDN.BHD, SHAH ALAM, SELANGOR DALAM MENYAHUT KEMPEN “JOM TANAM POKOK BAKAU” ANJURAN MAJLIS PERBANDARAN MANJUNG.

15 Julai 2023 (Sabtu) – Syarikat Sumiputeh Steel Centre Sdn. Bhd melalui Kelab Sukan dan Rekreasi Sumiputeh (KSRS), Persatuan Aktivis Sahabat Alam (KUASA) telah berkolaborasi bersama Unit Landskap, Majlis Perbandaran Manjung dalam program pendidikan dan penanaman anak pokok bakau dalam kempen penanaman pokok bakau yang dianjurkan oleh pihak MPM kepada pihak luar dan juga turut melakukan kunjungan ke Rumah Haruman Kasih, Ayer Tawar untuk menyampaikan sumbangan setulus ikhlas.

Kempen “Jom Tanam Pokok Bakau” yang dianjurkan oleh pihak MPM telah mendapat sambutan yang positif dan menggalakkan dari banyak pihak. Banyak permohonan baru diterima untuk merasai sendiri pengalaman menanam pokok bakau di lapangan. Pengalaman yang tidak boleh dirasai melalui teori sahaja tetapi mesti dibuat secara amali dan “bermain” dengan tanah dan lumpur.

Pada program tersebut sebanyak 350 anak benih bakau disemai dan 53 anak pokok bakau dapat ditanam di kawasan Taman Paya Bakau Bandar Lumut dari spesis Kurap, Minyak dan Berus sempena “World Mangrove Day” yang diisytiharkan seluruh dunia pada 26 Julai setiap tahun.

Sebelum daripada itu, pihak Persatuan Aktivis Sahabat Alam (KUASA) turut memberikan taklimat pendidikan berkaitan pokok bakau meliputi spesis pokok bakau jenis Bakau Kurap, Bakau Minyak dan Bakau Berus yang terdapat di kawasan Taman Eko-Pelancongan Paya Bakau Bandar Lumut dimana iltizam pihak MPM untuk menjadikan kawasan tersebut kekal sebagai kawasan hutan paya bakau yang kaya dengan flora dan fauna semulajadi tanpa dicemari oleh pembangunan kerana ironiknya lokasi tersebut merupakan satu-satunya taman paya bakau yang dibangunkan di kawasan bandar hingga kini.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Syarikat Sumiputeh Steel Centre Sdn.Bhd, Kelab Sukan dan Rekreasi Sumiputeh, Persatuan Aktivis Sahabat Alam (KUASA) dan Unit Landskap MPM yang menyumbang untuk kelestarian alam sekitar di daerah Manjung.

“Datang tanpa ilmu bakau ..pulang dengan ilmu pengetahuan” begitu ulasan daripada Tuan Haji Husaini Masdan, Pengerusi Kelab Sukan dan Rekreasi Sumiputeh (KSRS) yang pertama kali mendapat pengalaman menanam pokok bakau.