PROGRAM KHIDMAT MASYARAKAT INISIATIF JAWATANKUASA PENDUDUK (JKP) AHLI MAJLIS MAJLIS PERBANDARAN MANJUNG ZON 14 DAN ROTARY CLUB MALAYSIA PUPUK BUDAYA BERSIH

PROGRAM KHIDMAT MASYARAKAT INISIATIF JAWATANKUASA PENDUDUK (JKP) AHLI MAJLIS MAJLIS PERBANDARAN MANJUNG ZON 14 DAN ROTARY CLUB MALAYSIA PUPUK BUDAYA BERSIH

17 Mac 2024 (Ahad) – Pagi tadi bertempat di pesisiran pantai peranginan Teluk Senangin, Lumut telah diadakan program khidmat masyarakat “beach clean up” anjuran bersama Jawatankuasa Penduduk (JKP) Zon 14 Majlis Perbandaran Manjung dan Pertubuhan Kebajikan Rotary Club International Malaysia.

Kelab Rotary adalah satu pertubuhan kebajikan yang telah dibentuk sejak 120 tahun dahulu tanpa mengira kaum, agama, warna kulit dan ideologi yang menghimpun pelbagai pemimpin dalam bidang perniagaan dan profesional untuk memberikan khidmat kemanusiaan dan menjaya

matlamat yang mengembirakan dan keamanan di dunia.

Hari ini, Puan Chia Noi Yang, Pengerusi JKP Zon 14 juga merangkap Ahli Majlis, MPM telah hadir bersama Encik Teoh Kwan Swee, District Governor Rotary Club Malaysia D3300 dan Encik Sam Ngooi, Pengerusi Rotary Club of Sitiawan bersama 45 orang ahli dari Rotary D3300 Malaysia, Rotary Club Ipoh, Johor dan Jawatankuasa JKP Zon 14 berkolaborasi bersama Jabatan Kesihatan Persekitaran dan Perkhidmatan Bandar Zon 3 Majlis Perbandaran Manjung dalam aktiviti plogging pantai manakala bersama Pakya Chalet dalam aktiviti menanam pokok.

Sebanyak 87 kg sampah sarap pelbagai jenis dapat dipungut dalam program selama satu jam tersebut dimana botol minuman daripada plastik dan polistrin adalah penyumbang utama kepada jumlah kutipan sampah di pesisir pantai.

Inisiatif ini adalah bagi memenuhi tanggungjawab sosial korporat Rotary Club D3300 untuk menyumbang sesuatu yang bermanfaat kearah kelestarian alam sekitar terutama di kawasan pantai peranginan awam di daerah Manjung.

Pantai yang bersih mampu menarik kehadiran lebih ramai pengunjung untuk hadir. Jadi, jom kita jaga kebersihan dan hargai pantai milik kita.