PROGRAM KHIDMAT MASYARAKAT “BEACH DAY” UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA DENGAN KERJASAMA MAJLIS PERBANDARAN MANJUNG

PROGRAM KHIDMAT MASYARAKAT “BEACH DAY” UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA DENGAN KERJASAMA MAJLIS PERBANDARAN MANJUNG

17 Jun 2023 (Sabtu), Pantai peranginan Teluk Batik, Lumut menjadi lokasi Program Khidmat Masyarakat “Plogging Beach Day” oleh 37 orang mahasiswa dan siswi Kelab Briged Sukarelawan Mahasiswa UITM dari Fakulti Sains Gunaan Cawangan Tapah, Perak.

Turut hadir ialah Encik Mohd Amirul Azdi Mohd Isa, Penasihat Kelab tersebut yang telah berkolaborasi bersama Majlis Perbandaran Manjung melalui Jabatan Kesihatan Persekitaran dan Perkhidmatan Bandar dan Jabatan Pembangunan Komuniti dan Sosial.

Sebanyak 13 bag plastik yang dipenuhi oleh sampah yang boleh dikitar semula seperti botol minuman plastik, tin minuman dan sampah tidak boleh dikitar semula seperti bekas polistrin dikutip di sepanjang pesisir pantai tersebut. Kehadiran sampah sarap ini bukan sahaja menjijikkan pemandangan di daratan malah menjejaskan ekosistem hidupan laut jika bebas ke laut lepas.

Objektif program adalah bagi memupuk kesedaran awam terutama kepada pengunjung pantai agar tidak meninggalkan sisa sampah sarap di kawasan pesisir pantai selepas aktiviti riadah dilakukan.

Kita jadilah pengunjung yang bertanggungjawab dengan menggunakan kemudahan tong sampah yang disediakan atau sekurang-kurangnya bawalah pulang tersebut agar pantai milik semua ini terus terpelihara kebersihannya.