PROGRAM KHIDMAT MASYARAKAT “BEACH CLEAN UP” INISIATIF KOLEJ KOMUNITI PASIR SALAK MEMUPUK TANGGGUNGJAWAB AWAM

PROGRAM KHIDMAT MASYARAKAT “BEACH CLEAN UP” INISIATIF KOLEJ KOMUNITI PASIR SALAK MEMUPUK TANGGGUNGJAWAB AWAM

12 Mei 2023 (Jumaat), bertempat di pesisiran pantai peranginan Teluk Nipah, Pulau Pangkor telah diadakan program gotong-royong membersih pesisiran pantai daripada sampah sarap telah mendapat kerjasama daripada Jabatan Kesihatan Persekitaran dan Perkhidmatan Bandar Zon 1 dan Jabatan Pembangunan Komuniti dan Sosial Majlis Perbandaran Manjung.

Inisiatif ini adalah daripada 20 orang pelajar Kolej Komuniti Pasir Salak dan 1 orang pensyarah yang sempat untuk meluangkan masa selama 3 jam untuk sesi “plogging Beach Clean Up” sebelum meninggalkan Pangkor Pulau Bebas Cukai selepas menamatkan aktiviti kokurikulum pelajar selama 2 hari di pulau tersebut.

Sikap tanggungjawab yang harus dipuji kerana masih memiliki nilai keprihatinan yang tinggi untuk menjaga, memelihara dan memulihara kawasan pantai dan alam sekitar bak kata orang “alang-alang datang ke tempat asing, sebelum beredar tinggalkan jasa”. Terima kasih dan penghargaan kepada Kolej Komuniti Pasir Salak.

Program tersebut telah dihadiri oleh Encik Mohd Rosli Mohamad Yusof, Timbalan Pengarah Pengurusan Kolej Komuniti Perak dan Encik Shamsul Izwan Sulaiman, Ahli Majlis MPM Zon 2 selaku area officer MPM untuk kawasan tersebut.

Turut hadir ialah Puan Wong Lay Keong, Ahli Majlis

MPM Zon 2 (Pulau Pangkor) yang turut membawa team Combi Pulau Pangkor untuk sama-sama menyumbang tenaga dan membantu pelajar serta Encik Ahmad Faiz Zainudin, Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran MPM.

Semoga tindakan yang dilakukan pada hari ini untuk terus menjaga, memelihara dan memulihara pantai dan laut agar ianya kekal menjadi warisan pusaka bangsa. Bayangkan apa yang akan kita tinggalkan kepada generasi akan datang jika tiada tindakan yang dilakukan sekarang.