PROGRAM KHIDMAT MASYARAKAT BADAN KEBAJIKAN KELUARGA ANGKATAN TENTERA (Laut) ARMADA BARAT (BAKAT) MENYAHUT PEMBANGUNAN MAMPAN.

PROGRAM KHIDMAT MASYARAKAT BADAN KEBAJIKAN KELUARGA ANGKATAN TENTERA (Laut) ARMADA BARAT (BAKAT) MENYAHUT PEMBANGUNAN MAMPAN.

1 Ogos 2023 (Selasa) – Program penanaman anak pokok bakau di Taman Paya Bakau Bandar Lumut, Lumut oleh Badan Kebajikan Keluarga Angkatan Tentera (Laut) Armada Barat (BAKAT), TLDM Lumut dengan kerjasama Persatuan Aktivis Sahabat Alam (Kuasa) dan Majlis Perbandaran Manjung telah diadakan pagi tadi.

Walaupun dalam cuaca yang hujan lebat diawal program tidak sedikit pun menghalang semangat kaum hawa yang terdiri daripada isteri kepada pegawai TLDM dan anggota wanita TLDM yang bersungguh-sungguh untuk melaksanakan agenda pemuliharaan alam sekitar.

BAKAT yang diketua oleh YBhg. Datin Mazuiyah Haji Mohd Dom bersama 40 orang ahli termasuk anggota wanita TLDM telah melaksanakan aktiviti penanaman 20 anak pokok bakau dari spesis Kurap, Minyak dan Berus serta berjaya menyemai 206 anak benih bakau bagi memastikan bekalan dan kesinambungan anak pokok bakau yang boleh ditanam sentiasa ada di lokasi tersebut.

Persatuan Aktivis Sahabat Alam (KUASA) melalui Encik Noor Ismady Ahmad Razuan menegaskan bahawa program penghijauan ini adalah program berterusan dari masa ke semasa demi memelihara dan memulihara alam sekitar khususnya di daerah Manjung, di negeri Perak dan negara amnya.

Pihak Majlis Perbandaran Manjung merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada kepada Badan Kebajikan Keluarga Angkatan Tentera (Laut) Armada Barat (BAKAT) TLDM Lumut dan juga Persatuan Aktivis Sahabat Alam (KUASA) dalam

usaha meningkat biodiversiti serta ekosistem flora dan fauna di kawasan perbandaran Manjung.

MPM turut mengalu-alukan kerjasama bilateral bersama agensi- agensi kerajaan, syarikat milik ketajaan (GLC), agensi korporat, swasta dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dalam program “Jom Tanam Pokok Bakau” yang dianjurkan oleh Pihak Majlis Perbandaran Manjung dengan kadar harga yang berpatutan.

“Bakau Pertahanan pesisiran pantai”