PROGRAM KESELAMATAN KOMUNITI “JOM GANYANG AEDES” DENGAN KERJASAMA AGENSI KERAJAAN DAERAH MANJUNG

PROGRAM KESELAMATAN KOMUNITI “JOM GANYANG AEDES” DENGAN KERJASAMA AGENSI KERAJAAN DAERAH MANJUNG

14 Oktober 2023 (Sabtu) – “Sekiranya terdapat pembiakan nyamuk aedes di dalam dan/atau di luar rumah anda boleh didenda sehingga RM50,000.00 mengikut Akta Pemusnahan Serangga Pembawa Penyakit (Pindaan) 2000.” – KKM adalah salah satu daripada isi taklimat yang disampaikan oleh pihak Unit Vektor Pejabat Kesihatan Daerah Manjung kepada komuniti Taman Fasa 2C dalam program bersama Majlis Perbandaran Manjung pagi tadi.

Diatas sikap tanggungjawab itulah Persatuan Penduduk Taman Fasa 2 C Seri Manjung dibawah pimpinan Tuan Haji Abdullah Omar mengambil tindakan proaktif dan responsif terhadap keperluan semasa komuniti di kawasan penempatan agar semua lapisan komuniti di kawasan perbandaran terjamin keselamatannya.

Kerjasama yang kukuh, kesefahaman dan sokongan rentas agensi kerajaan serta dibantu dengan penglibatan aktif komuniti setempat mampu menangani masalah ancaman wabak denggi melalui aktiviti seperti pemeriksaan lorong belakang, bergotong-royong dan juga pengumpulan barangan yang boleh dikitar semula yang mungkin menjadi tempat pembiakan nyamuk aedes jika dibiarkan berselerak di lorong belakang kediaman. Pada program itu sebanyak 111.76 kg barangan yang boleh dikitar semula dapat dikumpulkan oleh pihak komuniti.

Program gotong-royong seumpama ini juga perlu dipertingkatkan juga kepada pemaju-pemaju pembinaan dan pertubuhan bukan kerajaan untuk terlibat sama membantu komuniti perbandaran membasmikan kawasan yang mungkin menjadi hotspot pembiakan nyamuk aedes di kawasan penempatan komuniti.

Diprogram yang sama, YB Tuan Haji Rosli Abdul Rahman, ADUN Pasir Panjang turut hadir untuk meluangkan masa meninjau perkembangan semasa hal ehwal komuniti di kawasan yang diwakilinya.

PROGRAM KESELAMATAN KOMUNITI “JOM GANYANG AEDES” DENGAN KERJASAMA AGENSI KERAJAAN DAERAH MANJUNG
PROGRAM KESELAMATAN KOMUNITI “JOM GANYANG AEDES” DENGAN KERJASAMA AGENSI KERAJAAN DAERAH MANJUNG