PROGRAM KESEDARAN DAN INSPIRASI LINDUNGI ALAM SEKITAR INISIATIF POLITEKNIK UNGKU OMAR DENGAN KERJASAMA MAJLIS PERBANDARAN MANJUNG DI PANTAI TELUK SENANGIN, LUMUT.

PROGRAM KESEDARAN DAN INSPIRASI LINDUNGI ALAM SEKITAR INISIATIF POLITEKNIK UNGKU OMAR DENGAN KERJASAMA MAJLIS PERBANDARAN MANJUNG DI PANTAI TELUK SENANGIN, LUMUT.

27 September 2023 (Rabu) – Pantai Teluk Senangin, Lumut merupakan salah satu pantai di daerah Manjung yang menjadi destinasi tumpuan para pelancong dari dalam dan luar negeri Perak untuk “healing” sambil menikmati keindahan semulajadi.

Banyak pemintaan dari penganjur yang ingin mengadakan program khidmat masyarakat di pantai ini kerana keadaan kawasan sekitar pantai tersebut dimana kita boleh menemui banyak sampah sarap disebabkan sikap ‘orang kita’ yang masih tidak membuang sampah di tong sampah yang telah disediakan oleh pihak Majlis Perbandaran Manjung atau membawa pulang sendiri sampah tersebut.

Justeru itu, Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi Politeknik Ungku Omar (PUO) dibawah seliaan Puan Astri Idayu Athesan, Pensyarah Kanan @ Penyelaras Unit CSR PUO dengan kekuatan kakitangannya seramai 48 orang telah bekerjasama dengan Jabatan Kesihatan Persekitaran dan Perkhidmatan Bandar Zon 3, Unit Landskap dan Jabatan Pembangunan Komuniti dan Sosial Majlis Perbandaran Manjung mengadakan Program Khidmat Masyarakat pembersihan pantai dan menanam pokok untuk kelestarian alam sekitar.

Program pembersihan pantai yang berlangsung selama 3 jam tersebut di jajaran pesisir pantai sepanjang 9km telah berjaya mengumpul sebanyak 116.2 kg sampah dari bahan yang boleh dikitar semula dan tidak boleh dikitar semula seperti botol plastik, bekas polistrin, kaca, kertas, tin minuman malahan lampin pakai buang serta tikar plastik berkelah yang ditinggalkan turut ditemui.

Majlis Perbandaran Manjung berharap pengunjung hanya dapat tinggalkan kenangan manis bukannya sampah sarap terdampar kerana tanggungjawab menjaga kebersihan pantai adalah tanggungjawab bersama.

Sebelum itu, pada program yang sama para peserta turut mendapat sentuhan maklumat yang bermanfaat daripada Puan Dr. Nadia A Hadi, Pakar Perubatan Keluarga, Klinik Kesihatan Pulau Pangkor dan juga Encik Firdaus, Pen. Pegawai Perubatan U32 yang sudi berkongsi maklumat berguna berkaitan cara menangani sengatan obor-obor berikutan telah ada kes kematian yang menimpa pelancong luar negara di Pulau Pangkor sebelum ini.

Banyak ilmu pengetahuan yang sebelum ini tidak diketahui dapat diperolehi daripada taklimat itu untuk dikongsi kepada komuniti diluar sana. Terima kasih tidak terhingga kepada Dr. Nadia A.Hadi dan Pejabat Kesihatan Daerah Manjung kerana ilmu yang dikongsi besar manfaatnya.

Sekalung penghargaan dan terima kasih kepada Politeknik Ungku Omar khasnya daripada Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi dan Pejabat Kesihatan Daerah Manjung yang prihatin terhadap kebersihan alam sekitar dan keselamatan pengunjung pantai di daerah Manjung.