PROGRAM KEMPEN SAYANGI ALAM SEKITAR BERSAMA PELAJAR CEMERLANG, ASNAF DAN ANAK-ANAK YATIM DENGAN KERJASAMA MAJLIS PERBANDARAN MANJUNG

PROGRAM KEMPEN SAYANGI ALAM SEKITAR BERSAMA PELAJAR CEMERLANG, ASNAF DAN ANAK-ANAK YATIM DENGAN KERJASAMA MAJLIS PERBANDARAN MANJUNG

29 Oktober 2023 (Ahad) – Pantai Peranginan Teluk Senangin, Lumut menjadi destinasi pilihan Program Kempen Sayangi Alam Sekitar anjuran Persatuan Usahawan Prihatin Malaysia (PUPM).

Majlis perasmian penutup program tersebut telah disempurnakan oleh YB Tuan Azman Noh, ADUN Pengkalan Baharu yang mewakili bagi pihak YAB Menteri Besar Perak di perkarangan Pak Ya Chalet & Mini Camp, Teluk Senangin, Lumut.

Turut hadir ialah Tuan Haji Hasan Kassim, Pengerusi PUPM, Encik Zulkifli Md Yusof, Pengerusi Kelab Alumni SMK Dato’ Kamaruddin merangkap Setiausaha PUPM dan Tuan Haji Efandi Zainuddin, Pengetua SMK Dato’ Kamaruddin, Batu Kurau, Perak Darul Ridzuan dan juga guru, pelajar SMK Dato’ Kamaruddin, anak-anak yatim Nur Kasih, PDK Tanjung, anak-anak yatim Rumah Haruman Kasih, Ayer Tawar dan komuniti Teluk Senangin.

Aktiviti pembersihan sampah sarap di pesisir pantai telah dilaksanakan oleh peserta program dimana sebanyak 60 kg sampah sarap pelbagai jenis dapat dipungut dalam tempoh 30 minit sahaja.

Pada program yang sama YB ADUN Pengkalan Baharu yang tepat menyambut tahun kelahiran ke-56 tahun pada hari ini turut menyampaikan sumbangan PUPM kepada pelajar cemerlang, asnaf dan anak-anak yatim daripada pelbagai sumbangan yang diperolehi oleh pihak PUPM daripada agensi, yayasan GLC dan badan bukan kerajaan.

Terima kasih kepada PUPM yang menganjurkan program yang sejajar dengan aspirasi kerajaan Negeri Perak untuk melonjakkan agenda pemerkasaan kelestarian alam sekitar di negeri Perak Darul Ridzuan amnya dan di daerah Manjung khususnya.