PROGRAM KEMPEN PENANAMAN 100 JUTA POKOK TNB NEGERI PERAK DENGAN KERJASAMA MPM TINGKATKAN KESEDARAN AWAM
14 Ogos 2024 (Rabu) – Bertempat di pesisiran Pantai Peranginan Pasir Bogak, Pulau Pangkor telah diadakan kempen penanaman 100 juta pokok dalam Program Penghijauan Malaysia selaras dengan komitmen Kerajaan Negeri Perak bagi mencapai sasaran penanaman 10 juta pokok dalam tempoh 5 tahun (2021-2025).
Program adalah anjuran daripada Tenaga Nasional Berhad (TNB) Negeri Perak yang dihadiri oleh Pegawai-Pegawai TNB Tuan Ir. Mohd Junaizee Mohd Noor, Head Stakeholder Management, YBhg. Dato’ Sharuddin Mohd Simin, Pengurus Besar Negeri Perak, Bahagian Regulatory & Stateholder Management, Tuan Mohd Shahrul Amin Mohd Tohid, Pengarah Kawasan Suruhanjaya Tenaga (ST) Negeri Perak, Puan Wong Lay Keong, Ahli Majlis, Majlis Perbandaran Manjung Zon Pulau Pangkor, Puan Zarina Ishak, Penghulu Pulau Pangkor, delegasi TNB, ST Perak, Persatuan Aktivis Sahabat Alam (KUASA) Unit Pengurusan Pulau Bebas Cukai dan anggota Unit Landskap MPM.
Sebanyak 25 pokok renek atau kecil daripada spesis Ambong-Ambong (Scaevola Taccada) dapat ditanam di pesisiran pantai tersebut oleh semua delegasi TNB dan ST Perak. Taklimat berkaitan kelebihan pokok tersebut telah disampaikan oleh KUASA.
Objektif program adalah bagi memaparkan komitmen TNB Negeri Perak dan Majlis Perbandaran Manjung yang melaksanakan kerjasama strategik bagi menyokong ESG (Enviromental, Social & Governance) selaras dengan aspirasi Kerajaan Negeri Perak dalam menangani isu perubahan iklim bagi memastikan pembangunan yang seimbang di negeri Perak.