PROGRAM KEMPEN MEMBASMI ‘HOTSPOT’ DENGGI DI KAWASAN PIHAK BERKUASA TEMPATAN (PBT) MAJLIS PERBANDARAN MANJUNG

PROGRAM KEMPEN MEMBASMI ‘HOTSPOT’ DENGGI DI KAWASAN PIHAK BERKUASA TEMPATAN (PBT) MAJLIS PERBANDARAN MANJUNG.

27 Julai 2024 (Sabtu) – Bertempat di kawasan kejiranan Taman Bahagia, Sitiawan telah diadakan program Kempen Membasmi ‘Hotspot’ Denggi di Kawasan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Majlis Perbandaran Manjung dibawah Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS).

Program ini adalah inisiatif Jabatan Kerajaan Tempatan, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) yang bertujuan untuk menamatkan atau mengekalkan status bebas ‘hotspot’ denggi di kawasan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang terpilih.

Aktiviti ini adalah penting untuk meningkatkan kesejahteraan komuniti dengan memfokuskan kepada pencegahan masalah sosial, kebersihan persekitaran dan pengurusan sumber.

Program ini melibatkan pelbagai jabatan agensi kerajaan iaitu Pejabat Kesihatan Daerah Manjung, Pejabat Penerangan Daerah Manjung, Pejabat Perpaduan Negara dan Intergrasi Nasional, Pejabat Jabatan Kesihatan Persekitaran dan Perkhidmatan Bandar MPM yang turut dibantu oleh Combi Sitiawan, KRT Seri Bintang, Jawatankuasa Penduduk (JKP) Ahli Majlis MPM Zon 10 dan komuniti setempat.

Program diadakan ini bertujuan untuk memberi kesedaran kepada komuniti yang tinggal di kawasan ‘hotspot’ denggi untuk bersama-sama menjalankan gotong-royong kendiri bagi membersihkan kawasan tempat tinggal masing-masing.

Turut diadakan pameran dan perkhidmatan daripada agensi Pejabat Kesihatan Daerah Manjung dan program pertukaran barangan kitar semula kepada barangan keperluan harian oleh Jabatan Kesihatan Persekitaran dan Perkhidmatan Bandar MPM.

Bersama-samalah kita mengamalkan cara hidup sihat dengan menjaga kebersihan kawasan persekitaran agar bebas dari tempat pembiakan nyamuk aedes.

“Tiada aedes, tiada denggi”

PROGRAM KEMPEN MEMBASMI ‘HOTSPOT’ DENGGI DI KAWASAN PIHAK BERKUASA TEMPATAN (PBT) MAJLIS PERBANDARAN MANJUNG
PROGRAM KEMPEN MEMBASMI ‘HOTSPOT’ DENGGI DI KAWASAN PIHAK BERKUASA TEMPATAN (PBT) MAJLIS PERBANDARAN MANJUNG
PROGRAM KEMPEN MEMBASMI ‘HOTSPOT’ DENGGI DI KAWASAN PIHAK BERKUASA TEMPATAN (PBT) MAJLIS PERBANDARAN MANJUNG