PROGRAM KELESTARIAN SOSIAL DAN ALAM SEKITAR BSN “SIKIT SAMA DIKONGSI BANYAK SAMA DIRASAI” BERSAMA KOMUNITI TELUK SENANGIN, LUMUT.

PROGRAM KELESTARIAN SOSIAL DAN ALAM SEKITAR BSN “SIKIT SAMA DIKONGSI BANYAK SAMA DIRASAI” BERSAMA KOMUNITI TELUK SENANGIN, LUMUT.

23 Februari 2024 (Jumaat) – Bank Simpanan Nasional atau lebih dikenali sebagai BSN, bukanlah nama asing bagi rakyat seluruh negara. Hampir setengah abad telah menapak di tanah air iaitu sejak tahun 1974 mula penubuhannya.

Rata-rata orang ramai mengenali BSN kerana Sijil Simpanan Premium (SSP BSN) yang mula diperkenalkan sejak tahun 1978 iaitu empat tahun selepas penubuhannya. Pendek kata, ramai rakyat telah bergelar jutawan segera apabila rezeki SSP ini “menjengah” mereka yang berjaya.

Namun pada hari ini, dengan cara yang berbeza pihak BSN melalui Bahagian Integriti dan Governans (IGD) Ibu Pejabat Kuala Lumpur dibawah pimpinan Puan Norliza Adenan, Ketua Pegawai Integriti dan Governans bersama BSN Cawangan Perak turun hadir ke Teluk Senangin, Lumut untuk mencurahkan rezeki dengan menjalin kerjasama bersama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk berkolaborasi bersama Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Majlis Perbandaran Manjung (MPM) dalam aktiviti pembersihan sampah pesisir pantai awam dan penyampaian sumbangan daripada pihak BSN dan anggota BSN untuk eko-pelancongan pihak Majlis Perbandaran Manjung, Maahad Tahfiz, surau dan komuniti di Teluk Senangin, Lumut.

Disamping berjaya memecahkan rekod kutipan sampah terbanyak setakat ini di Pantai Teluk Senangin dengan berat kutipan sampah pelbagai jenis sebanyak 369.45 kg, pihak BSN juga turut bermurah hati menyampaikan 50 kotak makanan kepada komuniti warga asnaf dan miskin nelayan, sumbangan langsir tingkap untuk keceriaan di Surau At-Taufiqiah Al-Khoiriyah Teluk Senangin dan sumbangan naskah Al-Quran dan telekong kepada Maahad Al-Dakwah Dar Al-Abrar sempena menyambut kedatangan bulan Ramadan yang bakal tiba.

Bagi membantu eko-pelancongan, 10 unit kerusi batu untuk kegunaan awam telah ditempatkan di kawasan pantai dan surau di Pantai Peranginan Teluk Batik dan Pantai Peranginan Teluk Senangin bagi memberi manfaat kepada pengunjung. Turut diadakan juga program taklimat 3R oleh Unit Kitar Semula Majlis Perbandaran Manjung dan aktiviti penanaman pokok kelapa spesis mawar yang disumbangkan oleh Pertubuhan Kebajikan Naam Narpani Beruas.

Turut hadir pada program tersebut ialah Tuan Mazlan Mat Jalil, Pengarah BSN Cawangan Perak, Tuan Mohamad Syafiq Shafie, Pengarah Jabatan Kesihatan Persekitaran dan Perkhidmatan Bandar MPM, Tuan Jaafar Tajudin, Timbalan Pengarah (Pencegahan) SPRM Perak, Tuan Shafi Mohamad Akhir, Pengerusi MyKP dan Surau, Al-Fadil Ustaz Nazrin, wakil MADAR, pegawai-pegawai kanan agensi kerajaan tersebut dan juga pelajar-pelajar Maahad serta komuniti MyKP Teluk Senangin.

Sekalung penghargaan dan terima kasih kepada BSN terutama Bahagian Integriti dan Governans Ibu Pejabat yang penuh berusaha menjayakan program ini di kawasan perbandaran Manjung.

Semoga sumbangan amal jariah yang diberikan ini melipatgandakan lagi rezeki kepada pihak anggota dan BSN secara amnya.