PROGRAM “JOM MASAK BUBUR LAMBUK” GERAK RAHMAH 2024 PERINGKAT JAWATANKUASA KAWASAN RUKUN TERTANGGA (KRT) DAERAH MANJUNG
23 Mac 2024 (Sabtu) – Bertempat di Arena Samudera, Taman Samudera sebentar tadi telah diadakan Program Gerak Rahmah 2024 : Jom Masak Bubur Lambuk Perpaduan Peringkat Jawatankuasa Rukun Tertangga (KRT) daerah Manjung yang turut diadakan secara serentak di seluruh negara.
Program anjuran Pejabat Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) Daerah Manjung disempurnakan perasmiannya oleh Tuan Hishamudin Musa, Pengarah Kolej Komuniti Manjung yang turut disertai oleh Puan Azami Mahmood @ Ab Rahman, Pegawai Perpaduan Daerah, Pengerusi-Pengerusi KRT dan Pensyarah- Pensyarah serta ahli jawatankuasa KRT.
Antara KRT yang menyertainya termasuklah Jawatankuasa KRT Taman Samudera 1, KRT Taman Samudera, KRT Taman Samudera Barat, KRT Taman Samudera Baru, KRT Taman Manjung Point 1, KRT Taman Manjung Point 2 & 3 dan KRT Taman Desa Bayu & Desa Manjung Raya, KRT Seri Manjung 1, KRT Lumut, KRT Sitiawan Bandar, KRT Samudera II, KRT Seri Manjung 6, KRT Seri Manjung 5, KRT Padu Jati, KRT Kampung Sitiawan, KRT Amanjaya Felcra Lekir serta turut menyertainya ialah Kolej Komuniti Manjung.
Aktiviti Program Komuniti Rahmah ini merupakan kluster ketiga di bawah flagship Kembara Perpaduan Malaysia Madani yang baharu dilancarkan pada 1 Mac 2023 yang lalu iaitu inisiatif melalui Belanjawan 2023.
Objektif program ialah bagi memperkasakan agenda perpaduan negara dan integrasi nasional dibawah Ikhtiar 11 : Menjamin keharmonian dan perpaduan rakyat.
Aktiviti gotong-royong memasak bubur lambuk ini perlu dijadikan acara tahunan di bulan Ramadan kerana mampu mengeratkan hubungan ukhwah dan semangat kerjasama di kalangan komuniti.
Terima kasih kepada pihak JPNIN, KRT dan Kolej Komuniti Manjung yang telah menyumbang bekalan bubur lambuk kepada Jabatan Pembangunan Komuniti dan Sosial untuk agihkan kepada anggota MPM yang bertugas pada hari ini.