PROGRAM JIWA MURNI MARKAS PEMERINTAHAN PENDIDIKAN DAN LATIHAN (MPPL) TLDM BERSAMA MAJLIS PERBANDARAN MANJUNG (MPM) KEARAH MEMURNIKAN PERSEKITARAN SUNGAI DINDING.

PROGRAM JIWA MURNI MARKAS PEMERINTAHAN PENDIDIKAN DAN LATIHAN (MPPL) TLDM BERSAMA MAJLIS PERBANDARAN MANJUNG (MPM) KEARAH MEMURNIKAN PERSEKITARAN SUNGAI DINDING.

24 November 2023 (Jumaat) – Pesisiran Sungai Dinding, Kampung Baharu Lumut, Ayer Tawar menjadi medan “pertempuran” Program Gotong-Royong Jiwa Murni antara pihak TLDM bersama Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Majlis Perbandaran Manjung yang turut disertai oleh Persatuan Bersih dan Indah Kampung Baharu Lumut.

Sesuai dengan sebutan Jiwa Murni, program yang dilangsungkan adalah bagi memurnikan kawasan persekitaran sungai yang dikenal pasti tercemar dengan sampah sarap dan semak samun yang mencacatkan keindahan jajaran sungai di Kampung Baharu Lumut yang menjadi lokasi tarikan pengunjung untuk melihat keindahan alam sewaktu matahari terbenam.

Encik Manichalvan A/L Muniadi, Ahli Majlis, Majlis Perbandaran Manjung hadir bersama Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran dan 20 orang anggota Jabatan Kesihatan Persekitaran dan Perkhidmatan Bandar Zon 3, Majlis Perbandaran Manjung. Manakala pihak Markas Pemerintahan Pendidikan dan Latihan (MPPL) TLDM diketuai oleh Lt. Kdr Khairul Anuar bin Abd Halim TLDM bersama 30 orang pegawai dan anggota pelbagai jawatan bergotong-royong bersama untuk memberi khidmat bakti kepada persekitaran komuniti setempat.

Sebagai rekod program ini adalah bagi kali yang ke-4 dalam tempoh dua tahun pihak Markas Pemerintahan Pendidikan dan Latihan (MPPL) TLDM berkolaborasi bersama Majlis Perbandaran Manjung dalam aktiviti kerja amal di kawasan perbandaran. Sekalung penghargaan dan terima kasih kepada pihak TLDM khususnya.

Objektif program adalah bagi mengeratkan hubungan dua hala antara TLDM bersama Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan merapatkan jurang sosial di antara warga tentera dengan orang awam disamping dapat menyumbang bakti kepada komuniti melalui kerja amal di kawasan perbandaran Manjung.