PROGRAM JIWA MURNI DEKORASI TAMAN PAYA BAKAU BANDAR LUMUT SEMPENA SAMBUTAN TAHUN MELAWAT PERAK 2024
6 Januari 2024 (Sabtu) – Bertempat di Taman Paya Bakau Bandar Lumut, Lumut telah dianjurkan Program Jiwa Murni Dekorasi Taman Rekreasi Paya Bakau Lumut oleh Markas Pemerintahan Armada Barat (MPAB) TLDM Pangkalan Lumut dengan kerjasama Majlis Perbandaran Manjung (MPM) sempena sambutan Tahun Melawat Perak 2024.
Program tersebut diketuai oleh Tuan Muhammad Danial Eizlam Helmi, Lt. Dya TLDM bersama 50 orang anggota telah berkolaborasi bersama anggota Unit Landskap dan anggota Jabatan Pembangunan Komuniti dan Sosial, Majlis Perbandaran Manjung.
Aktiviti utama yang dilakukan ialah mendekorasi kawasan laluan bertiti pejalan kaki dengan mengecat semula tiang dan ‘railing’ yang menyusuri segenap hutan itu melalui laluan bertiti pejalan kaki bagi menyajikan semula keceriaan disamping keindahan alam semulajadi dan suasana eksotik hutan paya bakau sedia ada.
Hala tuju Taman Rekreasi Paya Bakau Lumut lebih kepada edu-ekopelancongan dan tidak hanya bermotifkan keuntungan semata-semata kerana lokasi ini sering menjadi lokasi pendidikan dan program penanaman bakau yang dianjurkan oleh pihak Majlis Perbandaran Manjung (MPM) bersama Persatuan Aktivis Sahabat Alam (KUASA) kepada pihak luar yang berminat merasai pengalaman menanam bakau walaupun kadang kala terdapat juga pasangan-pasangan pengantin mengambil gambar di ‘spot’ menarik yang terdapat di Taman Rekreasi Paya Bakau Bandar Lumut ini.
Di samping itu, program ini juga mewujudkan jalinan kerjasama erat dan mesra antara MPM dan TLDM dalam meningkatkan kolaboratif untuk merancakkan sektor pelancongan dalam daerah Manjung.
Sekalung penghargaan dan terima kasih kepada Markas Pemerintahan Armada Barat (MPAB) dan TLDM khususnya.