PROGRAM JEJAK WARISAN MASJID DAN MAJLIS BERBUKA PUASA MAJLIS PERBANDARAN MANJUNG BERSAMA KOMUNITI 2024 (EDISI 3 DAN TERAKHIR 2024)

PROGRAM JEJAK WARISAN MASJID DAN MAJLIS BERBUKA PUASA MAJLIS PERBANDARAN MANJUNG BERSAMA KOMUNITI 2024 (EDISI 3 DAN TERAKHIR 2024)

26 Mac 2024 (Selasa), Sabda Rasulullah SAW berkaitan fadhilat memberi makan kepada orang yang berbuka puasa.”maka baginya pahala seumpamanya tanpa sedikit pun kurang pahala orang yang berpuasa.” (Riwayat Ahmad, al-Tarmizi dan al-Baihaqi)

Diatas janji balasan pahala dan rezeki yang bakal diperolehi berlipat kali ganda dibulan Ramadan kerana menjamu makanan kepada orang yang berpuasa itulah yang mengerakkan Majlis Perbandaran Manjung (MPM) untuk konsisten saban tahun bagi memastikan Program Berbuka Puasa MPM Bersama Komuniti Perbandaran dapat diadakan dan juga sebagai salah satu daripada cabang CSR yang boleh disumbankan oleh MPM kepada komuniti di kawasan perbandaran Manjung.

Allah murahkan rezeki kita..begitulah yang Allah berikan rezeki kepada MPM untuk dikongsi dan dikecapi oleh semua komuniti di pelosok daerah Manjung namun apa yang lebih terutama ialah hubungan erat antara pihak MPM dan komuniti perbandaran kekal utuh sebagai satu ‘senjata’ dan ‘serampang dua mata’ kearah membina hala tuju, persefahaman dan keseimbangan dalam pembangunan fizikal dan rohani yang saling melengkapi.

Semalam, bertempat di Masjid Al-Khairiyah @ Seribu Doa @ Masjid Cina telah diadakan Majlis Berbuka Puasa MPM bersama komuniti untuk siri ke-3 dan terakhir untuk program pada tahun ini.

Program yang dipimpin oleh Encik Mohd Helmi Arifin, Setiausaha Perbandaran MPM turut disertai oleh Tuan Shamsul Ridzuan Idris, Pegawai Daerah Manjung, barisan Ahli Majlis MPM, barisan pengurusan tertinggi MPM, Penghulu Mukim Pangkor, Pengurus Seksyen Manjung PEISB, wakil daripada PRDM, wakil daripada JBPM, anggota pelbagai jabatan dan jawatan daripada MPM untuk bersama-sama bertahlil, berbuka puasa, mendirikan solat fardu dan sunat Terawih secara berjemaah dengan Jawatankuasa Masjid di bawah pimpinan Pengerusi Tuan Haji Roslan Ahmad dan komuniti Pulau Pangkor.

Sepertimana kebiasaan dalam program sebelum ini,pihak MPM tidak melupakan untuk menyantuni golongan tidak berkemampuan atau miskin dalam pengagihan kotak makanan daripada Projek ERAT (Ekspedisi Rakyat Terbela) MPM dan pelancaran QR Code Flipbook Masjid yang dapat diakses oleh orang ramai untuk mendapat maklumat berkaitan masjid yang menjadi “host” program ini.

Semoga inisiatif ini menjadi wadah mengeratkan hubungan ukhwah diantara pihak agensi kerajaan daerah dengan komuniti perbandaran terus terjalin kukuh yang akan memberi sumbangan yang signifikan kepada pembangunan daerah Manjung.

“Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu” – Surah Ibrahim (14: Ayat 7)