PROGRAM JEJAK WARISAN MASJID DAN MAJLIS BERBUKA PUASA MAJLIS PERBANDARAN MANJUNG BERSAMA KOMUNITI 2023 (SIRI 3)

PROGRAM JEJAK WARISAN MASJID DAN MAJLIS BERBUKA PUASA MAJLIS PERBANDARAN MANJUNG BERSAMA KOMUNITI 2023 (SIRI 3)

10 April 2023 (Isnin), “..saya kelu tidak tahu ayat yang sesuai untuk dikatakan..” itulah ucapan Tuan Abdul Salam Ismail, Pengerusi Masjid Sultan Idris Shah II, Teluk Muroh, Lumut dalam nada sebak dan terharu semasa menyampaikan ucapan alu-aluan apabila menerima kedatangan Tuan Syamsul Hazeman Md Salleh, Yang Dipertua MPM bersama rombongan Pengurusan Tertinggi MPM dan anggota dalam Majlis Berbuka Puasa MPM Bersama Komuniti sebentar tadi sementalah kerana masjid dan kampungnya yang kecil.

Tuan Syamsul Hazeman Md Salleh, Yang Dipertua MPM dalam ucapan balasnya memaklumkan pihak MPM tidak memilih lokasi sama ada di bandar malahan masjid di kawasan kampung yang lebih jauh dan terpencil juga turut menjadi destinasi pilihan MPM dalam agenda mengeratkan hubungan ukhwah di antara pihak PBT dan komuniti di kawasan perbandaran.

Masjid Sultan Idris Shah II, Teluk Muroh, Lumut menjadi lokasi terakhir bagi melabuhkan tirai majlis berbuka puasa MPM Bersama Komuniti 2023.

Turut hadir ialah Tuan Haji Abdul Razak Nazri, Ahli Majlis MPM Zon 4 (Lumut), Encik Mohd Helmi Arifin, Setiausaha Perbandaran MPM, Encik Sabdin Idris, Penghulu Mukim Lumut, Pengurus Puncak Emas Infra Sdn.Bhd Seksyen Manjung, Pengarah Kanan, Pengarah Jabatan dan Unit MPM disamping anggota pelbagai jabatan dan jawatan serta komuniti kampung Teluk Muroh.

Program berbentuk lebih ramah mesra komuniti melalui santuni warga miskin bandar dan kampung dengan pemberian kotak makanan tidak pernah dilupai, berbuka puasa bersama, solat berjemaah bersama, duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi menjadi tunjang kekuatan PBT dan komuniti untuk terus saling melengkapi antara satu sama lain sebagai satu manifestasi dalam membentuk komuniti perbandaran yang erat.

Hubungan erat PBT dan komuniti adalah penting dalam memastikan bukan sahaja pembangunan fizikal daerah yang pesat tetapi juga ke arah pembangunan sosial yang positif dan sihat.

Sempena bulan Ramadan yang barokah ini mampu menzahirkan komuniti daerah Manjung sebagai satu keluarga besar yang bersyukur, bersatu padu dan berdaya tahan diri yang tinggi.