PROGRAM JEJAK WARISAN MASJID DAN MAJLIS BERBUKA PUASA MAJLIS PERBANDARAN MANJUNG BERSAMA KOMUNITI 2023 (EDISI 1)
27 Mac 2023 (Isnin), Masjid An-Nasriyah, Sitiawan menjadi pembuka tirai bagi Majlis Berbuka Puasa Majlis Perbandaran Manjung Bersama Komuniti Perbandaran Tahun 2023
Masjid dalam taman bertemakan amalan RAHMAH R – Ramah
H – Harmoni
M – Mesra
A – Alam
H – Hormat
yang telah terpahat nama sebagai pemenang Anugerah 5 Bintang diatas inisiatif Pengurusan Masjid Terbaik Seluruh Negeri Perak 2021.
Rombongan Edisi Ke-1 kali ini yang diketuai oleh Tuan Shamsul Ridzuan Idris, Pegawai Daerah Manjung telah diiringi oleh Encik Mohd Helmi Arifin, Setiausaha Perbandaran, Majlis Perbandaran Manjung (MPM).
Turut hadir ialah Tuan Haji Khairul Nizam Mat Nor, Pegawai Tadbir Agama Daerah Manjung, Encik Ammirul Mazelan, Pengurus Seksyen Manjung, Puncak Emas Infra Sdn.Bhd, Puan Tan Ko Shin, Ahli Majlis MPM Zon 12 (Sitiawan), Encik Ismail Ali, Ahli Majlis MPM Zon 11 (Sitiawan), Encik Shamsul Izwan Sulaiman, Ahli Majlis MPM Zon 1 (Pangkor), Ketua Jabatan dan Ketua Unit serta anggota Majlis Perbandaran Manjung daripada pelbagai jawatan dan jabatan/unit.
Di program yang sama Tuan Pegawai Daerah Manjung turut berbesar hati melancarkan QR Code Flipbook Masjid An-Nasriyah yang boleh dijadikan sumber rujukan berkaitan sejarah masjid dan juga sumbangan berupa kotak makanan daripada Projek ERAT Majlis Perbandaran Manjung kepada golongan asnaf yang terdapat di kawasan zon Ahli Majlis MPM. Bak kata Tuan Pegawai Daerah Manjung “…walaupun sumbangan ini tidak seberapa tapi cukup bernilai..” bernilai kerana mempunyai Pihak Berkuasa Tempatan seperti MPM yang tetap tidak melupakan komuniti dalam setiap program yang dianjurkan selama ini.
Semoga hubungan baik dan ukhuwah yang sedia terjalin antara agensi, Pihak Berkuasa Tempatan dan komuniti terus utuh untuk bersama menempa kejayaan dan mengatasi permasalahan komuniti daerah melalui ikatan persaudaraan yang kukuh.
Bak kata perpatah “..berat sama dipikul, ringan sama dijinjing..”