PROGRAM HARI BAKAU SEDUNIA 2024 MAJLIS PERBANDARAN MANJUNG DENGAN KERJASAMA PERSATUAN AKTIVIS SAHABAT ALAM (KUASA) BERJAYA TINGKATKAN KESEDARAN AWAM.

PROGRAM HARI BAKAU SEDUNIA 2024 MAJLIS PERBANDARAN MANJUNG DENGAN KERJASAMA PERSATUAN AKTIVIS SAHABAT ALAM (KUASA) BERJAYA TINGKATKAN KESEDARAN AWAM.

27 Julai 2024 (Sabtu) – 26hb Julai setiap tahun telah menjadi sinonim bagi meraikan Hari Hutan Paya Bakau Sedunia.

Hari di bertempat di Taman Paya Bakau Bandar Lumut, Lumut telah diadakan program sambutan Hari Hutan Paya Bakau Sedunia 2024 dalam meningkatkan kesedaran awam mengenai kepentingan eko-sistem hutan ini terhadap keseimbangan iklim dan kelangsungan hutan ini agar terus terperlihara dimasa akan datang.

Tuan Haji Abdul Razak Nazri, Ahli Majlis, Majlis Perbandaran Manjung Zon 4 (Lumut) telah merasmikan program yang bermula sejak awal pagi telah mendapat sambutan yang amat baik hingga ke penutupnya pada sebelah petang dimana YB Wong May Ing, ADUN Pantai Remis turut hadir bersama komuniti Pantai Remis.

Pelbagai aktiviti telah diadakan bagi memupuk kesedaran awam bermula daripada acara mewarna kanak-kanak berusia enam hingga sepuluh tahun yang berlatar belakangkan hutan paya bakau, sesi pendidikan dan lawatan berpandu, sesi menyemai anak benih dan menanam pokok bakau yang terbuka kepada semua lapisan masyarakat.

Melihat kepada aspek berkenaan tidak hairanlah Majlis Perbandaran Manjung dan rakan strategik MPM, Persatuan Aktivis Sahabat Alam (KUASA) menjadikan kawasan ini sebagai eko-pelancongan yang mampu menarik minat pihak agensi kerajaan, badan berkanun, swasta, institusi pengajian tinggi, GLC dan orang perseorangan untuk mengadakan aktiviti program kerjasama pendidikan dan pemuliharaan eko-sistem hutan paya bakau di sini.

Keseimbangan alam dan manusia menjadi titik kesedaran terhadap kepentingan alam semulajadi. Tanggungjawab kita hari ini untuk generasi yang akan datang.

Terima kasih KUASA, SMK Dinding, SK Seri Selamat, SK Seri Samudera, Tabika ABIM An Nur dan banyak lagi yang menyumbang tenaga dalam kerjasama pada hari ini.