PROGRAM GOTONG-ROYONG PERANGI AEDES ELAK DEMAM DENGGI KOMUNITI TAMAN MAS DENGAN KERJASAMA MAJLIS PERBANDARAN MANJUNG

PROGRAM GOTONG-ROYONG PERANGI AEDES ELAK DEMAM DENGGI KOMUNITI TAMAN MAS DENGAN KERJASAMA MAJLIS PERBANDARAN MANJUNG

29 September 2023 (Jumaat) – “…Hendak Seribu Daya, Tak Hendak Seribu Dalih…” itulah perupamaan yang sesuai untuk melaksana kempen agenda gotong-royong dikalangan komuniti di kawasan kejiranan.

Jawatankuasa Penduduk (JKP) Ahli Majlis, Majlis Perbandaran Manjung Zon 14 (Kampung Koh) di bawah pimpinan Puan Chia Noi Yang, Ahli Majlis, Majlis Perbandaran Manjung dengan kerjasama Combi dan Jabatan Kesihatan Persekitaran dan Perkhidmatan Bandar Zon 2 (Sitiawan) Majlis Perbandaran Manjung telah mengadakan program gotong-royong kendiri bagi melupuskan sampah pukal yang menjadi hotspot pembiakan nyamuk aedes di kawasan kejiranan Taman Mas Kampung Koh, Sitiawan.

Objektif program ini diadakan bertujuan memberi kesedaran kepada komuniti Taman Mas, Kampung Koh Sitiawan untuk bersama-sama menjalankan goyong-royong kendiri membersihkan kawasan tempat tinggal masing-masing daripada menjadi kawasan hotspot denggi.

Bagi membantu komuniti setempat menjalankan aktiviti gotong-royong kendiri, pihak Majlis Perbandaran Manjung menyediakan kemudahan tong roro bagi memudahkan komuniti membuang barang atau bekas yang tidak diperlukan yang berpotensi menjadi tempat pembiakan nyamuk aedes.

Bersama-sama kita menjaga kebersihan kawasan persekitaran agar bebas dari menjadi tempat pembiakan nyamuk aedes demi memastikan diri, keluarga dan komuniti terhindar dari wabak denggi.

#TiadaAedesTiadaDenggi