PROGRAM GOTONG-ROYONG MEGA BANTERAS AEDES INISIATIF KRT FASA 3A BERSAMA AGENSI KERAJAAN DAN SWASTA.

PROGRAM GOTONG-ROYONG MEGA BANTERAS AEDES INISIATIF KRT FASA 3A BERSAMA AGENSI KERAJAAN DAN SWASTA.

29 Januari 2023 (Ahad) – Bertempat di Taman Fasa 3A, Seri Manjung telah dilaksanakan program gotong-royong mega banteras denggi anjuran oleh Jawatankuasa KRT Fasa 3A dengan kerjasama Jabatan Kesihatan Persekitaran dan Perkhidmatan Bandar Zon 1, Majlis Perbandaran Manjung, Pasukan Bomba Sukarela Seri Manjung dan Syarikat konsesi Puncak Emas Infra Sdn.Bhd.

Majlis Perbandaran Manjung komited memastikan wabak demam denggi di kawasan perbandaran ini terkawal dengan anjuran program gotong-royong yang diadakan di lokaliti berisiko denggi atau wabak dengan kerjasama padu warga komuniti setempat.

Antara aktiviti gotong-royong kawalan denggi yang difokuskan ialah elemen premis dan persekitaran bebas pembiakan nyamuk aedes seperti kerja-kerja pembersihan pokok tanaman, pembersihan longkang dan pembersihan sampah sarap serta sampah pukal.

Semangat kerjasama dan peranan komuniti taman perumahan untuk bersama-sama berganding bahu mencegah penularan wabak amatlah diharapkan dengan mengambil inisiatif untuk membersih kawasan dalam dan luar kediaman bagi mengekang pembiakan nyamuk aedes.