PROGRAM GOTONG-ROYONG “DINOSOUR PARK OF MANJUNG” JAWATANKUASA PENDUDUK (JKP) AHLI MAJLIS, MAJLIS PERBANDARAN MANJUNG ZON 18 (AYER TAWAR).

PROGRAM GOTONG-ROYONG “DINOSOUR PARK OF MANJUNG” JAWATANKUASA PENDUDUK (JKP) AHLI MAJLIS, MAJLIS PERBANDARAN MANJUNG ZON 18 (AYER TAWAR).

22 Jun 2024 (Sabtu) – “Muafakat Membawa Berkat…Bulat air kerana pembetong..Bulat manusia kerana sepakat”.

Bertempat di Taman Rekreasi Dinosaur @ Jurassic Park Of Manjung di Kampung Jering, Ayer Tawar telah diadakan program gotong-royong komuniti bagi kerja-kerja pembersihan dan pengindahan kawasan taman awam tersebut

Program anjuran Jawatankuasa Penduduk (JKP) Ahli Majlis MPM Zon 18 di bawah pimpinan Encik Lau Cheong Loong telah mendapat kerjasama daripada Jabatan Kesihatan Persekitaran dan Perkhidmatan Bandar MPM Zon 3, syarikat konsesi Puncak Emas Infra Sdn.Bhd, Kawasan Rukun Tertangga (KRT), Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) serta komuniti setempat.

Taman rekreasi ini mendapat gelaran tersebut kerana “memiliki” replika keluarga dinosaur spesies “Brachiosaurus” yang dikatakan pernah mendiami bumi ini hampir 300 juta tahun dahulu dan replika Snow White dan 7 Orang Kerdil dan replika haiwan amat menarik minat kanak-kanak disamping memiliki persekitaran yang cantik dan pemandangan yang menarik.

Aktiviti gotong-royong diadakan sebagai wadah memupuk nilai murni dan perpaduan dikalangan penduduk kampung serta memberi semangat kekitaan PBT, pihak swasta, badan bukan kerajaan dan penduduk setempat.

Sebagaimana kebiasaan, amalan dan aktiviti untuk bergotong-royong di kawasan kampung amat terbatas kerana ketiadaan mesin dan jentera yang sesuai untuk digunakan. Diatas keprihatinan tersebut pihak Jabatan Kesihatan Persekitaran dan Perkhidmatan Bandar dan Unit Landskap MPM membantu menyediakan jentera backhoe, mesin gergaji, tong sampah armroll untuk kemudahan pembuangan sisa sampah program gotong-royong tersebut.

Penghargaan dan terima kasih kepada Jabatan Kesihatan Persekitaran dan Perkhidmatan Bandar, Unit Landskap MPM, Puncak Emas Infra Sdn.Bhd, JPKK, KRT yang berganding bahu bersama badan bukan kerajaan JKP Zon 18 dan komuniti setempat dalam usaha membentuk muafakat terbaik dalam komuniti kearah mewujudkan kawasan persekitaran yang bersih, selamat dan ceria.