PROGRAM GOTONG-ROYONG DEWAN BALAI RAYA PEKAN GURNEY AKAN DIJADIKAN KLINIK DESA PEKAN GURNEY SEMENTARA

PROGRAM GOTONG-ROYONG DEWAN BALAI RAYA PEKAN GURNEY AKAN DIJADIKAN KLINIK DESA PEKAN GURNEY SEMENTARA

24 Februari 2024 (Sabtu) – Bangunan Klinik Desa Pekan Gurney sedia ada akan menamatkan perkhidmatan kliniknya bermula pada 1 Mac 2024 untuk memberi laluan kepada pembinaan menaik taraf bangunan klinik.

Klinik Desa Pekan Gurney ialah diantara 22 buah Klinik Desa yang terdapat di daerah Manjung dimana asalnya adalah Klinik Desa Felcra Lekir telah dipindahkan ke Pekan Gurney, Sitiawan yang beroperasi hingga ke hari ini.

Pagi tadi dengan bantuan logistik dan anggota Majlis Perbandaran Manjung melalui Jabatan Kesihatan Persekitaran dan Perkhidmatan Bandar Zon 2 (Sitiawan) dan Unit Penyelenggaraan Pokok Unit Lanskap telah memberi bantuan kerjasama kepada pihak kakitangan Klinik Desa Pekan Gurney dan Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) dalam satu program gotong-royong membersih bahagian luar dan dalam bangunan Dewan Balai Raya tersebut.

Objektif program selain mengeratkan hubungan strategik antara agensi kerajaan itu turut memupuk semangat kerjasama dalam kalangan komuniti kampung untuk bersama pihak agensi kerajaan dalam aktiviti kemasyarakatan di kawasan perbandaran.