PROGRAM GOTONG-ROYONG BANTERAS WABAK CHIKUNGUNYA KOMUNITI DI CHANGKAT KERUING, AYER TAWAR.
21 April 2024 (Ahad)- Bertempat di Changkat Keruing, Ayer Tawar, telah diadakan program gotong-royong pembersihan kawasan bagi mengekang penularan wabak demam denggi dan chikungunya di lokaliti wabak ini.
Program anjuran Jawatankuasa Penduduk (JKP) Zon 18 Ahli Majlis, Majlis Perbandaran Manjung dibawah pimpinan Encik Lau Cheong Loong turut disertai oleh YB Dato’ Ngeh Koo Ham, Ahli Parlimen Beruas, YB Puan Wong May Ing, ADUN Pantai Remis, Pejabat Kesihatan Daerah Manjung, Jabatan Kesihatan Persekitaran dan Perkhidmatan Bandar Majlis Perbandaran Manjung, syarikat konsesi Puncak Emas Infra Sdn. Bhd dan rakan niaga, Jawatankuasa Pembangunan Keselamatan Kampung (JPKK), Kawasan Rukun Tertangga (KRT), Badan Bukan Kerajaan (NGO), pelajar sekolah dan komuniti setempat. Turut menyertai aktiviti tersebut ialah Ahli Majlis MPM Zon 8, Zon 16 dan Zon 17.
Seramai hampir 100 orang peserta goyong-royong tersebut diselaraskan kepada 10 kumpulan kecil yang bergerak secara serentak di seluruh pekan Changkat Keruing, taman perumahan dan juga di kawasan riadah awam bagi membanteras penularan wabak demam denggi dan chikungunya dengan menumpukan lokasi yang berpotensi pembiakan nyamuk dan memusnahkannya.
Program yang dilaksanakan bertujuan untuk membentuk komuniti yang kondusif melalui semangat tolong menolong, bekerjasama, mewujudkan semangat kekitaan, juga memberi kesedaran komuniti terhadap kebersihan dengan memusnahkan kawasan pembiakan nyamuk aedes ke arah membentuk kawasan komuniti yang bebas daripada lokaliti wabak.
Semoga usaha murni yang telah dilaksanakan ini menjadi pemangkin kepada komuniti penempatan yang lain untuk mewujudkan kawasan kejiranan komuniti yang bersih, sihat dan selamat didiami.