
PROGRAM GOTONG-ROYONG AHLI MAJLIS BERSAMA KOMUNITI
8 September 2024 (Ahad) – Ahli Majlis, Majlis Perbandaran Manjung merangkap Pengerusi Jawatankuasa Penduduk (JKP) Zon 5 (Seri Manjung) Encik Haridas A/L Gobala Krisenin telah menganjurkan program gotong-royong komuniti di Taman Seri Wangsa 1, 2 dan 3 dan di kampung tradisional, Kampung Pundut, Lumut.
Objektif program ini adalah untuk mengiatkan penyertaan aktif komuniti perbandaran menyertai program-program yang boleh membantu Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) mencapai persekitaran yang bersih dan sihat serta mampu memupuk kesedaran kepentingan menjaga kebersihan dan mencegah wabak denggi.
Program gotong-royong tersebut telah mendapat kerjasama daripada pihak Jabatan Kesihatan Persekitaran dan Perkhidmatan Bandar MPM Zon 1, Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Komuniti Kampung (JPKK) Kampung Pundut, Jawatankuasa Penduduk Taman Seri Wangsa dan komuniti setempat.
Tahniah diucapkan kepada Ahli Majlis dan JKP Zon yang berjaya mewujudkan persefahaman dua hala di antara Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), badan bukan kerajaan dan komuniti. Semoga dengan usaha dan program yang diadakan ini dapat mengeratkan lagi hubungan baik bersama komuniti setempat.
“Komuniti sepakat, membawa berkat”.

