PROGRAM GOTONG-ROYONG “1 HOUR CLEAN UP” INISIATIF JAWATANKUASA PENDUDUK (JKP) ZON 8 AHLI MAJLIS PERBANDARAN MANJUNG.
4 Februari 2023 (Ahad) – Bertempat di Taman Desa Manjung Point 2, Seri Manjung telah diadakan program gotong-royong anti aedes dengan pembersihan kawasan ‘hotspot’ yang berpotensi menjadi sarang pembiakan nyamuk aedes di kawasan taman perumahan komuniti.
Program anjuran Jawatankuasa Penduduk (JKP) Zon 8 Ahli Majlis, Majlis Perbandaran Manjung dibawah seliaan Encik Perumalsamy A/L P. Muniandy turut disertai oleh Unit Vektor Pejabat Kesihatan Daerah Manjung, Combi Seri Manjung, Jabatan Kesihatan Persekitaran dan Perkhidmatan Bandar Zon 1 Majlis Perbandaran Manjung dan komuniti setempat.
Tanggungjawab pembersihan persekitaran taman kejiranan adalah tanggungjawab bersama bagi mencegah wabak denggi yang mengancam keselamatan komuniti dengan aktiviti pembersihan lorong belakang, mencari dan memusnahkan bekas-bekas dibuang yang berpotensi menjadi tempat pembiakan nyamuk dan tampalan Notis Seksyen 8 Arahan Pembersihan kepada kediaman yang memerlukan tindakan pembersihan.
Penglibatan aktif komuniti setempat amatlah perlu bagi membanteras wujudnya lokasi yang berisiko menjadi pembiakan nyamuk aedes dan mencegah penularan wabak deman denggi serta meningkatkan kesedaran komuniti terhadap tahap kebersihan kawasan perumahan disamping mengeratkan hubungan erat antara komuniti dan pihak Majlis Perbandaran Manjung.
Semoga usaha murni ini menjadi kesinambungan kepada usaha menjadikan daerah Manjung bebas denggi.