PROGRAM CERAMAH PERDANA KOMUNITI KEARAH MELAHIRKAN MODAL INSAN KELUARGA YANG BERAKHLAK MULIA MENUJU DAERAH MANJUNG YANG BERJAYA.

PROGRAM CERAMAH PERDANA KOMUNITI KEARAH MELAHIRKAN MODAL INSAN KELUARGA YANG BERAKHLAK MULIA MENUJU DAERAH MANJUNG YANG BERJAYA.

3 Mei 2023 (Rabu) – Bertempat di Masjid Ar-Rahman Fasa 2 Gabungan, Seri Manjung sebentar tadi telah dilangsungkan Program Ceramah Perdana “Pembangunan Keluarga Sebagai Modal Insan” disamping mengutip derma bagi tabung pembinaan Mimbar dan Mihrab masjid Ar-Rahman tersebut dengan kerjasama Majlis Perbandaran Manjung, Pejabat Agama Daerah dan Persatuan Cintai Manjung, Perak.

Modal insan ialah segala sifat yang terdapat dalam jiwa manusia meliputi segala aspek kelaziman, keperibadian yang mampu mewujudkan akhlak yang mulia untuk kejayaan pada diri sendiri dan masyarakat setempat dan negara amnya.

Penceramah bebas terkenal tanah air Al-Fadil Ustaz Syamsul Amri Ismail yang lebih dikenali sebagai Syamsul Debat seperti kebiasaannya menyampaikan ceramah yang mampu mencuit hati pendengar menyebab hadirin yang hadir tidak kering gusi namun pengisian ilmunya yang padu dan padat lagi bernas menjadi dambaan kepada pencinta ilmu.

Tetamu kehormat yang hadir menyerikan majlis ilmu tersebut ialah YDH Toh Seri Bijaya Lt. Kol. (B) Dato’ Shaharudin Haji Nazari, Orang Besar Jajahan Manjung, YB Tuan Komander (B) Nordin Ahmad Ismail, Ahli Parlimen Lumut, YB Tuan Haji Rosli Abd. Rahman, ADUN Pasir Panjang.

Turut hadir ialah Toh Kelana Perkasa Encik Ismail Haji Balua, Orang Besar 32 negeri Perak, Encik Syukri Radzuan, Pengurus DNS Beauty & Solution merangkap penaja utama program dan Encik Azri Johari, Pengerusi Kelab I Love Manjung serta Tuan Haji Mohamad Johari Haji Abu Bakar, Pengerusi Masjid Ar-Rahman yang turut bertindak sebagai Pengerusi Majlis telah berjaya menarik ribuan komuniti hadir yang memenuhi setiap penjuru kawasan masjid.