“PLOGGING MERDEKA 2024” MELESTARIKAN ALAM SEKITAR PANTAI PASIR PANJANG, SEGARI.
31 Ogos 2024 (Sabtu) – Sempena Hari Kebangsaan Ke-67 pada hari ini, pihak Persatuan Aktivis Sahabat Alam (KUASA) mengadakan program pemeliharaan dan pemuliharaan pantai di Pantai Pasir Panjang, Segari.
Program tersebut telah mendapat kerjasama dari pelbagai pihak termasuk Pejabat ADUN Pantai Remis dan Majlis Perbandaran Manjung serta wakil sukarelawan daripada IKM Lumut, badan bukan kerajaan daripada Kuala Lumpur Roots & Shoots dan Pertubuhan Macaca Nemestrina Project (MNep) Persatuan Primatologi Malaysia, Kedah.
Lebih menarik lagi terdapat juga keluarga dan orang perseorangan daripada Kalumpang, Selangor turut serta menghadirkan diri untuk menyumbang khidmat kesukarelawanan membersih pantai tersebut tanpa upah dan sebagainya, namun atas nilai murni menjaga alam sekitar terutama di kawasan pantai.
Encik Ramzi Bakar, Ahli Majlis, Majlis Perbandaran Manjung Zon 24 (Segari) telah hadir menyertai dan merasmikan program tersebut bagi pihak Yang Dipertua Majlis Perbandaran Manjung.
Sebanyak 299 kg sampah sarap daripada pelbagai jenis sampah yang boleh dikitar dan tidak boleh dikitar semula dapat dikutip dalam tempoh masa 1 jam yang diperuntukkan.
Objektif program bagi memupuk budaya murni di kalangan orang awam untuk mengamalkan cara hidup aktif dan kesedaran pemuliharaan alam sekitar terutama di kawasan pantai.
“Merdeka pantai daripada sampah”