PERSEDIAAN MENERIMA KUNJUNGAN PENGUNJUNG AKTIVITI SANITASI DI LOKASI TUMPUAN PELANCONG

Unit Landskap dan Jabatan Kesihatan Persekitaran dan Perkhidmatan Perbandaran, Majlis Perbandaran Manjung (MPM) dengan kerjasama Balai Bomba dan Penyelamat Seri Manjung telah menjalankan aktiviti sanitasi di lokasi-lokasi tumpuan pelancong.

Di antara lokasi yang terlibat ialah kawasan Pantai Teluk Batik, Taman Paya Bakau Bandar Lumut, Jeti Penumpang Pulau Pangkor, Teluk Bahru, Pantai Pasir Bogak, Pekan Pulau Pangkor, Kota Belanda, wakaf di sekitar Pulau Pangkor, Jeti Lumut dan taman-taman awam di sekitar Lumut.