PERKHIDMATAN KUTIPAN SAMPAH DI LUAR KAWASAN OPERASI MAJLIS PERBANDARAN MANJUNG

Selaras dengan Belanjawan Kerajaan Negeri Perak Tahun 2021 yang bertujuan untuk mewujudkan tadbir urus dan penyampaian perkhidmatan yang terbaik, perkhidmatan kutipan sampah turut dilaksanakan di luar kawasan operasi Majlis Perbandaran Manjung di lokasi-lokasi berikut:

⏩ MULAI 1 MAC 202

📌 Kampung Deralik

📌 Kampung Padang Tembak (bersebelahan surau)

📌 Kampung Batu Tiga Segari (tapak sedia ada)

⏩ MULAI 1 APRIL 2021

📌 Kampung Pengkalan Bharu (berhadapan klinik/masjid)

📌 RPT Sungai Batu (persimpangan jalan)

📌 Kampung Batu 10 Lekir (Jalan Sungai Tiram)

📌 Kampung Tanjung Kepah (tanah rizab JPS)

📌 Kampung Pasir Panjang Laut (rizab jalan)

⏩ Kutipan sampah di tong kompektor berpusat di lokasi-lokasi tersebut dilakukan pada setiap hari kecuali Ahad.

⏩ Kutipan hanya melibatkan sampah domestik (sampah yang dijana daripada aktiviti dapur seperti sisa makanan dan minuman).

⏩ Tiada kutipan bagi sampah bukan domestik/sampah pukal seperti dahan-dahan pokok, ranting, dedaun atau bahan buangan bangunan dan industri.

⏩ Dilarang membuang sisa buangan yang mudah terbakar.

⏩ Sampah hendaklah dimasukkan ke dalam karung/beg plastik berwarna hitam dan diikat kuat sebelum dimasukkan ke dalam tong sampah.

⏩ Sampah hendaklah dibuang ke dalam tong yang disediakan dengan betul. Sampah yang tidak dibuang ke dalam tong tidak akan dikutip.

Sekian, harap maklum.

UNIT KORPORAT DAN PERHUBUNGAN AWAM,

MAJLIS PERBANDARAN MANJUNG