PENYEDIAAN E-KIOSK DI KAUNTER PERKHIDMATAN PELANGGAN DAN LOBI BLOK A, MAJLIS PERBANDARAN MANJUNG MULAI 2 JANUARI 2020
Dimaklumkan bahawa Majlis Perbandaran Manjung telah menyediakan tiga unit E-Kiosk bagi urusan bayaran cukai taksiran dan kompaun sepertimana berikut :
a) Dua unit di Kaunter Perkhidmatan Pelanggan – Waktu operasi dari jam 8.15 pagi hingga 4.15 petang.
b) Seunit di Lobi Bangunan Blok A (Bangunan blok hadapan)
– Waktu Operasi 8.00 pagi hingga 5.00 petang.
*Kaedah pembayaran boleh dilakukan melalui tunai, kad kredit dan cek.