PENYAMPAIAN SUMBANGAN PROJEK ERAT MAJLIS PERBANDARAN MANJUNG KEPADA MAJLIS BANDARAYA SUBANG JAYA
Sumbangan warga Manjung telah selamat sampai ke destinasi.
Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT.
Pasukan Bantuan Projek ERAT (Ekspedisi Rakyat Terbela) Majlis Perbandaran Manjung (MPM) telah sampai ke Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) pada jam 3.45 petang hari ini untuk disampaikan kepada mangsa-mangsa banjir.
Kedatangan MPM disambut oleh Tuan Haji Mohd Zulkurnain Che Ali, Timbalan Datuk Bandar MBSJ.
MPM merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada seluruh warga Manjung atas sumbangan yang telah diberikan. Semoga sumbangan ini dapat membantu mempermudahkan urusan mangsa-mangsa banjir yang terlibat.