PENILAIAN PERINGKAT KEDUA ANUGERAH KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN NEGARA TAHUN 2023
11 JULAI 2024 (KHAMIS) – Alhamdulillah, selesai sudah Penilaian Peringkat Kedua Anugerah Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara Tahun 2023 di Majlis Perbandaran Manjung pada jam 9.00 pagi, hari ini.
Sesi penilaian dilaksanakan oleh Majlis Negara Bagi Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan yang diketuai oleh Puan Mahani Ibrahim, Pemeriksa Kilang dan Jentera, Seksyen Analisis dan Pemprosesan bersama Puan Nurul Hamizah Baharan, Ketua Seksyen Higien Industri. Ketibaan para auditor disambut baik oleh Tuan Muhammad Faizal Shah Safian Suri, Yang Dipertua bersama-sama barisan Pengarah Kanan, Pengarah dan AJK Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan MPM.
Sesi penilaian peringkat kedua ini melibatkan proses semakan dokumen serta pemeriksaan di lapangan terutama bagi aktiviti-aktiviti kerja yang berisiko dan diakhiri dengan mesyuarat penutup yang telah dipengerusikan oleh Encik Mohd Helmi Arifin, Setiausaha Perbandaran MPM.
Tujuan penilaian ini ialah bagi memberi pengiktirafan dan penghargaan kepada organisasi di atas pencapaian cemerlang dalam mengamalkan budaya kerja yang selamat dan sihat di tempat kerja.