PENCAPAIAN JUMLAH PENGGUNA DAN TRANSAKSI MELALUI APLIKASI MYMANJUNG

Sejak aplikasi myMANJUNG diwujudkan pada 1 Julai 2021, seramai 27,690 telah mendaftar sebagai pengguna dan sebanyak 36,210 transaksi telah diterima hingga 23 Mei 2022.

Moh ler permudahkan urusan kome dengan mendaftar sebagai pengguna myMANJUNG yang boleh dimuat turun melalui Google Play Store atau App Store.

PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN MELALUI APLIKASI MYMANJUNG IALAH:

📌 Semakan dan bayaran cukai taksiran, kompaun dan sewaan

📌 Pembaharuan dan bayaran lesen perniagaan

📌 Permohonan Permit Penjaja Harian Sementara

📌 Semakan dan bayaran bil air premis MPM

📌 Aduan awam

Kepada para pelanggan yang telah mendaftar dan menggunakan aplikasi myMANJUNG, MPM mengucapkan tahniah, setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih.