Pemantauan Majlis Perbandaran Manjung (MPM) di pasar-pasar awam diteruskan pada pagi ini dan syabas diucapkan kepada para peniaga dan pengunjung yang memberikan kerjasama sepenuhnya semasa membuat pembelian.

Walaupun keadaan terkawal, pemantauan di lokasi-lokasi perniagaan mendapati masih terdapat premis yang dibuka. Namun peniaga akur untuk menutup operasi setelah amaran diberi.

Sehubungan dengan itu, MPM memohon kerjasama para peniaga supaya bersikap lebih prihatin dengan mematuhi arahan yang diberi bagi memastikan penularan wabak Covid-19 dapat dibendung sepenuhnya.

#perangicovid-19
#restrictionmovementorder
#stayathome