Dimaklumkan bahawa Majlis Perbandaran Manjung akan memperkenalkan Lesen Premis Digital myPatil melibatkan semua premis perniagaan yang berlesen di kawasan perbandaran Manjung. Pemasangan lesen digital ini diwajibkan bermula dari 8 November sehingga 20 Disember 2021.

Kerja-kerja pemasangan peranti ini hanya mengambil masa di antara 10 hingga 15 minit dan tidak mengganggu operasi perniagaan.

Lesen premis digital ini memudahkan urusan pembaharuan lesen perniagaan, pembayaran kompaun dan cukai taksiran. Peniaga juga boleh menerima pembayaran tanpa tunai melalui kaedah FPX, kad kredit dan debit serta e-Wallet. Capaian yang luas membolehkan peniaga mengiklankan jenis-jenis perniagaan melalui myMANJUNGBiz. Peniaga juga dapat menjimatkan masa kerana tidak perlu berurusan di Kaunter Perkhidmatan Pelanggan MPM dan selaras dengan langkah penularan COVID-19.