PELANCARAN PROJEK PELANCONGAN MAMPAN,DIALOG DASAR DAN MESYUARAT TIGA PIHAK ANTARA PEJABAT KERAJAAN TEMPATAN/DAERAH DAN PERBINCANGAN PERINGKAT KERJA MENGENAI SURAT SETUJU TERIMA PERJANJIAN (LETTER OF AGREEMENT)

*Pelancaran Projek Pelancongan Mampan, dialog dasar dan mesyuarat tiga pihak antara pejabat kerajaan Tempatan/Daerah dan Perbincangan Peringkat Kerja Mengenai Surat Setuju Terima Perjanjian (Letter of Agreement)*

5 Disember 2022

United Nations Development Programme (UNDP) Malaysia, Singapura dan Brunei Darussalam dengan sokongan Ministry Of Finance (MOF) telah melaksanakan projek pelancongan mampan dengan objektif untuk meningkatkan daya tahan dan pengurusan risiko perusahaan mikro, kecil dan sederhana serta operator pelancongan dan untuk merumus dan merintis rangka kerja ekopelancongan yang mampan dan bertanggungjawab di peringkat komuniti.

Program selama 2 hari yang melibatkan pihak UNDP Malaysia, Singapura, Brunei Darussalam dan 3 pihak Kerajaan Tempatan/Daerah iaitu Majlis Perbandaran Manjung, Majlis Daerah Setiu dan Majlis Daerah Mersing tersebut telah dilaksanakan di Grand Ballroom Zenith Hotel, Putrajaya pada tarikh 5 Disember 2022 sehingga 6 Disember 2022.

Bersempena dengan lawatan sulung Cik Usha Rao-Monari, Setiausaha Agung PBB dan Pentadbir Bersekutu UNDP ke Malaysia, UNDP dengan sokongan MOF dan Kementerian Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan (MOTAC) menganjurkan satu dialog dasar mengenai Pelancongan Lestari dalam Era Pasca Pandemik. Dialog itu diadakan selepas pelancaran projek Pelancongan Lestari dan dirasmikan oleh Cik Usha Rao-Monari, Setiausaha Agung PBB dan Pentadbir Bersekutu UNDP.

Selepas dialog dasar dan pelancaran projek, telah diadakan mesyuarat antara tiga pejabat kerajaan tempatan/daerah mengenai rangka kerja untuk memperkukuh pemilikan dinamik dan pembangunan aktiviti yang akan dilaksanakan di destinasi masing-masing dan disusuli dengan perbincangan kerja dua hala mengenai Surat Perjanjian (LOA) bagi setiap destinasi.

a) Pelancaran Projek Pelancongan Lestari dan dialog dasar

Tarikh : 5 Disember 2022 (Isnin)

Masa : 1.30pm – 5.00pm

Tempat : Putrajaya

b) Mesyuarat Tiga Pihak antara majlis tempatan/pejabat daerah

Tarikh : 6 Disember 2022 (Selasa)

Masa : 8.30am–10.30am

Tempat : Putrajaya

c) Perbincangan Peringkat Kerja Dua Hala mengenai LOA

Tarikh : 6 Disember 2022 (Selasa)

Pihak Majlis Perbandaran Manjung dijemput untuk mengambil bahagian dalam pameran galeri untuk mempamerkan usaha destinasi dalam pelancongan dan mempromosikan pakej pelancongan semasa acara Pelancaran Projek Pelancongan Lestari dan dialog dasar berlangsung.