PASUKAN BANTUAN PASCA BANJIR MAJLIS PERBANDARAN MANJUNG KE SHAH ALAM
Majlis Perbandaran Manjung (MPM) telah menghantar Pasukan Pasca Banjir ke Shah Alam pada jam 4.15 pagi ini.
Pasukan yang diketuai oleh seorang pegawai dan 25 anggota ini akan menjalankan misi bantuan bagi pembersihan sisa banjir untuk mengelakkan penularan sebarang wabak serta membantu memulihkan keadaan kawasan yang dilanda banjir.
Setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pegawai serta anggota yang terlibat dan semoga segala urusan dipermudahkan.
Doa menghadapi musibah banjir:
“Wahai bumi! Telanlah air (banjir) mu dan wahai langit, berhentilah dari curahan hujanmu! – Surah Hud, ayat 4