PANGKOR DAPAT PERHATIAN LAGI

Pangkor dapat perhatian lagi..

Disebalik pelbagai usaha untuk menjadikan Pangkor Pulau kesayangan ramai, Pangkor tidak lari dari mendapat perhatian bagi perkara yang tidak menyenangkan. Namun, marah tanda sayang. terima kasih buat mereka yang prihatin. cuma min perlu share sedikit bagi tidak mengeruhkan lagi keadaan.

Dibahagian utama jeti, disediakan kerusi yang elok dan selesa. malah kerusi marble yang lebih kukuh turut tersedia di ruangan menunggu. Kerusi yang tular telah rosak dan mencacatkan pemandangan sememangnya bukan sesuatu yang boleh dibanggakan.. namun kerusi tersebut di letak sedikit jauh dari kawasan utama jeti kerana MPM kini sedang dalam proses penggantian kerusi yang baru.

Disebabkan oleh pertembungan pesta perayaan dan juga cuti sekolah maka jeti Pangkor menampung hampir 30,000 orang kedatangan pelancong pada hujung minggu tersebut dan perkara ini adalah diluar jangka.

Kami akan perbaiki keselesaan di Jeti Pulau Pangkor ini demi kesenangan tetamu yang datang. Kami juga memohon supaya harta awam digunakan sebaiknya. Sama-sama kita bertimbangrasa untuk keselesaan bersama.

PANGKOR DAPAT PERHATIAN LAGI
PANGKOR DAPAT PERHATIAN LAGI
PANGKOR DAPAT PERHATIAN LAGI
PANGKOR DAPAT PERHATIAN LAGI