MPM TERIMA DUA ANUGERAH SEMPENA HARI PERANCANGAN BANDAR SEDUNIA PERINGKAT NEGERI PERAK TAHUN 2023

MPM TERIMA DUA ANUGERAH SEMPENA HARI PERANCANGAN BANDAR SEDUNIA PERINGKAT NEGERI PERAK TAHUN 2023

Setinggi-tinggi syabas dan tahniah kepada Majlis Perbandaran Manjung (MPM) kerana telah menerima pengiktirafan Pencapaian Status Bandar Mampan dan Bandar Bahagia Tahun 2022 Sempena Hari Perancangan Bandar Sedunia (HPBS) Peringkat Negeri Perak Tahun 2023.

Anugerah ini disampaikan oleh Yang Berhormat Dato’ Ahmad Suaidi Abdul Rahim, Setiausaha Kerajaan Negeri Perak di SMK Seri Iskandar yang telah berlangsung pada 25 November lalu.

HPBS ini telah dihadiri oleh Tuan Syamsul Hazeman Md Salleh, Yang Dipertua dan TPr Muhamad Helmy Abdul Hadi, Pengarah Jabatan Perancang Bandar MPM bagi menerima anugerah tersebut.

Pencapaian status bandar mampan dan bandar bahagia ini dibuat berdasarkan pengukuran bandar mampan Malaysia melalui platform MURNInets yang dilaksanakan pada setiap tahun dengan mengambil kira keseluruhan penglibatan serta prestasi pencapaian perkhidmatan agensi dan penglibatan penduduk serta peniaga.

Tahniah dan terima kasih buat seluruh warga Manjung atas komitmen yang diberikan. Semoga kerjasama yang baik dari seluruh penduduk Manjung akan sentiasa berterusan.