
MPM TERIMA ANUGERAH MSOSH OSH GOLD CLASS 2 AWARD WINNER FOR 2022
Majlis Perbandaran Manjung mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada warga kerja atas penganugerahan MSOSH OSH Gold Class 2 Award Winner For 2022 di bawah Kategori Sektor Awam dan Badan Kerajaan di MSOSH Occupational Safety and Health 40th MSOSH Award Gold Award Winner bagi tahun 2022.
Majlis penyampaian anugerah ini telah berlangsung pada hari ini, jam 9.00 pagi di Sunway Resort and Spa, Petaling Jaya, Selangor.
Majlis Perbandaran Manjung juga merakamkan sekalung penghargaan kepada Malaysian Society for Occupational Safety and Health (MSOSH) atas penganugerahan dan pengiktirafan yang diberi.
Semoga penganugerahan ini akan menjadi pembakar semangat kepada warga kerja MPM untuk terus komited bagi menyediakan dan membudayakan persekitaran kerja yang selamat demi kebajikan pekerja dan orang-orang berkepentingan.

