MPM TERIMA ANUGERAH ASEAN CLEAN TOURIST CITY STANDARD (2024-2026) PERINGKAT KEBANGSAAN
29 April 2024- Majlis Perbandaran Manjung (MPM) telah berjaya mematuhi kriteria penilaian ASEAN Clean Tourist City Standard dan terpilih untuk menerima Anugerah ASEAN Clean Tourist City Standard (2024-2026) peringkat Kebangsaan. Majlis penganugerahan yang berlangsung di Cyberview Resort & Spa, Cyberjaya disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Roslan Tan Sri Abdul Rahman, Ketua Setiausaha Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya mewakili YB Dato Sri Tiong King Sing, Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya.
Lawatan panel dari Pejabat Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) pada Tahun 2023 telah menilai 7 kriteria iaitu:
Pengurusan Alam Sekitar
Kebersihan
Pengurusan Sisa
Kesedaran tentang Perlindungan Alam Sekitar dan Petunjuk Garis Kebersihan
Ruang hijau
Keselamatan Kesihatan & Keselamatan dan Keselamatan Bandar
Infrastruktur dan Kemudahan Pelancongan
Ini merupakan pengiktirafan terbaru khususnya kepada komuniti dan pelancongan daerah Manjung setelah turut merangkul Anugerah Standard Pelancongan ASEAN 2023-2025 bagi kategori Tandas Awam di Yogyakarta, Indonesia pada 5 Februari 2023 yang lalu.