MPM RANGKUL NAIB JOHAN AIPBT DAN PERTANDINGAN KIK SEMPENA SAMBUTAN HARI INOVASI PERINGKAT NEGERI PERAK DARUL RIDZUAN TAHUN 2023

𝐌𝐏𝐌 𝐑𝐀𝐍𝐆𝐊𝐔𝐋 𝐍𝐀𝐈𝐁 𝐉𝐎𝐇𝐀𝐍 𝐀𝐈𝐏𝐁𝐓 𝐃𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐑𝐓𝐀𝐍𝐃𝐈𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐊𝐈𝐊 𝐒𝐄𝐌𝐏𝐄𝐍𝐀 𝐒𝐀𝐌𝐁𝐔𝐓𝐀𝐍 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐈𝐍𝐎𝐕𝐀𝐒𝐈 𝐏𝐄𝐑𝐈𝐍𝐆𝐊𝐀𝐓 𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑𝐈 𝐏𝐄𝐑𝐀𝐊 𝐃𝐀𝐑𝐔𝐋 𝐑𝐈𝐃𝐙𝐔𝐀𝐍 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟑

1 NOVEMBER 2023 (RABU) – Majlis Perbandaran Manjung (MPM) sekali lagi melakar sejarah pada hari ini apabila Kumpulan Blade dinobatkan sebagai Naib Johan Anugerah Inovasi Pihak Berkuasa Tempatan (AIPBT) Peringkat Negeri Perak Tahun 2023 bagi Projek Digitalisasi Pelesenan dan Penguatkuasaan (myPATIL).

Selain itu, Kumpulan Fast berjaya merangkul Naib Johan Pertandingan Horizon Baharu Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) Peringkat Negeri Perak Tahun 2023 bagi Projek Lesen Sementara Bertempoh (LSB)

Hadiah kepada pemenang disampaikan oleh YAB Dato’ Seri Saarani Mohamad, Menteri Besar Perak Darul Ridzuan semasa Sambutan Hari Inovasi Peringkat Negeri Perak Darul Ridzuan Tahun 2023 yang berlangsung di Dewan Bankuet, Bangunan Perak Darul Ridzuan, Ipoh. Dengan kejayaan ini, MPM menerima wang tunai RM8,000 dan piala iringan bagi setiap projek yang terlibat.

Justeru, MPM merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada Kumpulan Blade dan Fast atas kejayaan tersebut. Sekalung penghargaan juga kepada Bahagian Kualiti dan Inovasi, Jabatan Khidmat Pengurusan yang turut menyumbang kepada kejayaan berganda ini.

TAHNIAH SEKALI LAGI. YOU ARE THE BEST 👍🏻