MPM PEROLEH SIJIL MALAYSIA SDG CITIES

MPM PEROLEH SIJIL MALAYSIA SDG CITIES

Setinggi-tinggi syabas dan tahniah kepada Majlis Perbandaran Manjung (MPM) yang telah menerima pengiktirafan sijil Malaysia SDG Cities semasa Majlis Pelancaran Malaysia SDG Cities Network dan Sambutan Hari Habitat Sedunia Peringkat Kebangsaan 2023.

Daerah Manjung telah dipilih bersama-sama 45 bandar yang telah berjaya menyediakan Pelan Hala Tuju Bandar SDGs, rangka kerja pembangunan yang dapat mempercepatkan pelaksanaan SDGs di Malaysia menjelang 2030.

Penyampaian sijil ini disampaikan oleh YB Nga Kor Ming, Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan kepada Tuan Syamsul Hazeman Md Salleh, Yang Dipertua MPM bertempat di Satok Ballroom, Hikmah Exchange Event Centre Kuching, Sarawak.

Malaysia SDG Cities Network merupakan sebuah rangkaian baharu yang terdiri daripada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), organisasi dan komuniti yang berusaha ke arah Matlamat Pembangunan Mampan (Sustainable Development Goals – SDGs) di Malaysia.

MPM PEROLEH SIJIL MALAYSIA SDG CITIES

MPM PEROLEH SIJIL MALAYSIA SDG CITIES
MPM PEROLEH SIJIL MALAYSIA SDG CITIES
MPM PEROLEH SIJIL MALAYSIA SDG CITIES