Pada hari ini, pasukan sukarelawan daripada PBT-PBT Perak termasuk Majlis Perbandaran Manjung (MPM) yang terdiri daripada 117 anggota telah melakukan kerja-kerja pembersihan jalan di Taman Vijaya Karak, Bentong, Pahang.
MPM merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada seluruh pegawai dan anggota yang terlibat dalam misi bantuan ini. MPM juga turut mendoakan agar semua mangsa banjir tabah dengan ujian yang dihadapi ketika ini dan semoga bantuan ini dapat membantu memudahkan urusan mangsa-mangsa banjir yang terlibat.