𝐌𝐈𝐍𝐈 𝐊𝐎𝐍𝐕𝐄𝐍𝐒𝐘𝐄𝐍 𝐊𝐈𝐊 𝐇𝐎𝐑𝐈𝐙𝐎𝐍 𝐁𝐀𝐇𝐀𝐑𝐔 𝐃𝐀𝐍 𝐀𝐍𝐔𝐆𝐄𝐑𝐀𝐇 𝐈𝐍𝐎𝐕𝐀𝐒𝐈 𝐏𝐄𝐑𝐈𝐍𝐆𝐊𝐀𝐓 𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐏𝐄𝐑𝐁𝐀𝐍𝐃𝐀𝐑𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐍𝐉𝐔𝐍𝐆 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟑
9 FEBRUARI 2023 (KHAMIS) – Mini Konvensyen KIK Horizon Baharu dan Anugerah Inovasi Peringkat Majlis Perbandaran Manjung (MPM) Tahun 2023 telah berlangsung dengan jayanya pada hari ini, jam 9.00 pagi bertempat di Dewan Anjung Perdana, MPM.
Sebanyak 15 kumpulan telah bertanding yang melibatkan 4 projek KIK Horizon Baharu dan 11 projek inovasi dari pelbagai jabatan dan unit. Panel penilai terdiri daripada Encik Mohd Azri Hisham Mohd Yusof, Ketua Jabatan Khidmat Pengurusan Majlis Perbandaran Kuala Kangsar, Puan Noorhayati Abdul Rahim, Pengarah Jabatan Khidmat Pengurusan MPM dan Encik Mohamad Sobbri Zulkfely, Penolong Pegawai Teknologi Maklumat, Jabatan Khidmat Pengurusan MPM.
Mini konvensyen ini merupakan inisiatif MPM untuk membudayakan elemen kreativiti dan inovasi dalam kalangan warga kerja di setiap peringkat.
Selain itu, mini konvensyen ini adalah medium untuk mencungkil bakat-bakat baru dalam bidang inovasi dan KIK yang akan bertanding di peringkat negeri dan kebangsaan.
Justeru, MPM mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua peserta yang telah menyahut cabaran untuk bertanding pada kali ini. Anda semua memang hebat