𝐌𝐄𝐒𝐘𝐔𝐀𝐑𝐀𝐓 𝐉𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍𝐊𝐔𝐀𝐒𝐀 𝐊𝐈𝐑𝐀-𝐊𝐈𝐑𝐀 𝐖𝐀𝐍𝐆 𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑𝐈 𝐏𝐄𝐑𝐀𝐊 𝐃𝐀𝐑𝐔𝐋 𝐑𝐈𝐃𝐙𝐔𝐀𝐍 𝐃𝐈 𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐏𝐄𝐑𝐁𝐀𝐍𝐃𝐀𝐑𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐍𝐉𝐔𝐍𝐆
23 MAC 2023 (RABU) – Majlis Perbandaran Manjung (MPM) dengan berbesar hati mengalu-alukan kehadiran Ahli-ahli Jawatankuasa Kira-kira Wang (PAC) Negeri Perak Darul Ridzuan yang bermesyuarat pada hari ini, jam 9.30 pagi di Dewan Kaunselor, MPM.
MPM merupakan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) pertama yang menjadi hos Mesyuarat Jawatankuasa PAC selepas pertama kali diadakan pada 14 Mac 2023.
Mesyuarat PAC ini bertujuan untuk memeriksa dan memantau urusan kewangan negeri Perak serta memastikannya sentiasa telus terutamanya dalam aspek pengurusan dan pentadbiran kewangan negeri agar ditadbir dengan baik dan sempurna.