Mesyuarat Agung Tahunan Kali Ke-19 bersama Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil Melayu Negeri Perak Cawangan Pangkor 2023
31 Mei 2023 (RABU) – Bertempat di Dewan Temenggong, Pangkor Village Resort Beach Resort Pulau Pangkor, berlangsungnya Mesyuarat Agung Tahunan Kali Ke-19 bersama Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil Melayu Negeri Perak Caw Pangkor untuk tahun 2023.
Mesyuarat dirasmikan oleh En Muhammad Ariff Izham Bin Arazmi, eksekutif kanan NCIA Negeri Perak beserta pemberian taklimat mengengai program kemahiran & keusahawanan Daerah Manjung (Kursus Pembuatan & Pemprosesan Makanan Hasil Laut).
Unit Pengurusan Pulau Bebas Cukai (UPPBC) menghadiri Mesyuarat agung dan diberi peluang untuk sesi pengenalan UPPBC bersama ahli Persatuan Penjaja dan Peniaga kecil Pulau Pangkor.
Kami mengucapkan ribuan terima kasih kerana menjemput pihak UPPBC dan semoga ukhwah dan kerjasama yang terjalin ini akan memberi manfaat kepada semua pihak.