Semakin hari semakin mencabar bagi seluruh rakyat Malaysia. Serangan wabak Covid-19 masih belum berakhir. Barisan hadapan masih bertungkus lumus untuk menghentikan rantaian wabak dan menyembuhkan pesakit.

Sebagai rakyat Malaysia yang bertanggungjawab, marilah kita turut sama membantu menghentikan penyebaran wabak ini dengan mengikuti arahan dan langkah keselamatan yang telah dikeluarkan oleh kerajaan.

Kami di Majlis Perbandaran Manjung akan tetap komited melaksanakan tugas kami untuk menyekat wabak ini dari terus menular. Sokongan dan kerjasama anda amat kami hargai. Marilah kita berganding bahu menghentikan wabak Covid-19 ini supaya kita boleh menjalani kehidupan seperti biasa.

#perangicovid-19
#restrictionmovementorder
#stayathome